Segalanya mengenai Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.[..baca]

Kemudahan Rangkaian Tanpa Wayar di UiTM Pulau Pinang.[..baca]

Mengenai Hotel UiTM Pulau Pinang. [..baca]

HOME: Akademik Senarai Fakulti Fakulti Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam

E-mail Print PDF

Mengenai FKA

Kejuruteraan Awam merupakan satu bidang kejuruteraan yang mencabar di mana ia melibatkan teknik dan kaedah merekabentuk, mengukur, membina dan menyelenggara bangunan seperti lapangan terbang, pelabuhan, jambatan, empangan, sistem bekalan air dan sisa buangan, sistem pengangkutan dan struktur-struktur yang lain. Seorang jurutera awam seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kepakaran yang ada bagi menguruskan sesuatu projek dengan lebih efektif di dalam suatu persekitaran yang selamat.

 

Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang telah dimulakan sejak tahun 2002 di mana program Diploma Kejuruteraan Awam telah diperkenalkan. Pada tahun 2003, kumpulan pertama pelajar program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari Kampus Arau, UiTM Perlis telah berpindah ke kampus UiTM Pulau Pinang. Bermula dengan seorang pensyarah di awal penubuhannya, kini Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Pulau Pinang telah mempunyai seramai 78 orang pensyarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana, PhD serta kelayakan professional, seorang pegawai sains dan 9 juruteknik makmal.

 

Dari masa ke semasa, Fakulti ini terus berusaha untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui percambahan ilmu dan budaya. Dalam menuju ke arah globalisasi, Fakulti mementingkan aspek kualiti kepada setiap staf akademik dan bukan akademik serta pelajar. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak Fakulti sering menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dengan perlbagai jenis aktiviti yang ditawarkan sama ada peringkat fakulti, kampus, universiti, kebangsaan mahu pun antarabangsa. Galakan dan penglibatan yang aktif ini telah membuahkan hasil apabila pihak Fakulti mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan professional di dalam dan luar negara.

VISI

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecermelangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

MISI

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

OBJEKTIF

Sejajar dengan kenyataan misi Fakulti, objektif Fakulti Kejuruteraan Awam menjelang tahun 2012 ialah:

  • Menambahkan bilangan kakitangan yang mempunyai kelayakan profesional.
  • Mengadakan kerjasama di peringkat antarabangsa dalam pendidikan dan penyelidikan Kejuruteraan Awam.
  • Menghasilkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
  • Menghasilkan satu sistem kurikulum yang terkini di samping memperkenalkan kursus-kursus berbentuk antara disiplin yang seimbang dengan keperluan industri.
  • Mengadakan prasarana yang lengkap dan kakitangan yang terlatih dalam pengajaran, penyelidikan dan perundingan.
  • Membudayakan sistem jaminan kualiti untuk memastikan kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan.
  • Menjadikan Fakulti Kejuruteraan Awam sebagai pusat perkembangan teknologi dan sumber rujukan kepada industri dalam pelbagai bidang Kejuruteraan Awam.

FKA komited untuk menyediakan program Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang berkualiti bagi menghasilkan graduan yang bertaraf antarabangsa dan sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. FKA akan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang cekap, berkesan dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah organisasi terunggul.

Pihak Fakulti menawarkan tiga program bagi peringkat Diploma adalah seperti berikut:

  • EC110 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM
  • EC111 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (PEMBINAAN)
  • EC112 - DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (KHIDMAT BANGUNAN & PENYELENGGARAAN)
  • EC221 – IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM (INFRASTRUKTUR)

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN

Bidang Kepakaran

Fakulti Kejuruteraan Awam menyediakan empat bidang kepakaran dimana kesemua bidang ini terhasil daripada subjek-subjek yang telah ditawar dan diajar oleh pihak fakulti. Bidang-bidang tersebut ialah :

  1. Kejuruteraan Struktur dan Pengkomputeran
  2. Kejuruteraan Geoteknikal, Lalulintas dan Kaji Ukur
  3. Sumber Air dan Alam Sekitar dan
  4. Kejuruteraan Pembinaan dan Pengurusan Projek.

Makmal

Manakala untuk para pelajar, pihak fakulti menyediakan 11 buah makmal untuk kemudahan para pelajarnya. Makmal-makmal yang disediakan adalah seperti berikut:

  1. Makmal Kekuatan Bahan
  2. Makmal Struktur Berat
  3. Makmal Konkrit
  4. Makmal Komputer
  5. Makmal Geologi
  6. Makmal Mekanik Tanah
  7. Makmal Trafik & Lalulintas
  8. Makmal Kaji Ukur
  9. Makmal Alam Sekitar
  10. Makmal Hidraulik
  11. Makmal Penyelenggaraan Bangunan


KETUA PUSAT PENGAJIAN

Dr. Clotilda Petrus


HUBUNGI KAMI

Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang,
13500, Permatang Pauh
Pulau Pinang

Tel No. : +604-3822601