Segalanya mengenai Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.[..baca]

Kemudahan Rangkaian Tanpa Wayar di UiTM Pulau Pinang.[..baca]

Mengenai Hotel UiTM Pulau Pinang. [..baca]

HOME: Jabatan Bahagian Sumber Manusia

Pengurusan Sumber Manusia

E-mail Print PDF

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Pulau Pinang adalah salah sebuah bahagian yang diwujudkan apabila  kampus ini mula beroperasi pada 16 Jun 1996. Peranan utama bahagian ini adalah sebagai urusetia pentadbiran dan menguruskan semua ehwal staf meliputi perjawatan, perkhidmatan dan kebajikan staf. 

Dengan perkembangan penggunaan IT, bahagian ini kini dihubungkan secara online dengan Sistem Maklumat Staf Berkomputer di Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk. 

Sehingga kini, staf PSM meliputi pelbagai jawatan yang masing-masing mempunyai fungsi dan senarai tugas serta tanggungjawab. 

Objektif Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

  • Urusetia pentadbiran dan pengurusan hal ehwal perkhidmatan staf yang cekap dengan mengamalkan budaya kualiti 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini 
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra 
  • Berperanan sebagai urusetia pengendalian mesyuarat peringkat kampus 
  • Menyediakan kemudahan perkhidmatan kenderaan dan urusan pos dengan mesra 

Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kami berjanji memberikan perkhidmatan terbaik dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Cawangan Pulau Pinang meliputi urusan-urusan seperti berikut: 

  • Memberikan perkhidmatan berkualiti dan mesra untuk semua staf bagi segala urusan ehwal staf. 
  • Memberikan khidmat cekap dan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan di kaunter Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta melalui surat, e-mail dan telefon. 
  • Bertindak sebagai penghubung dengan Pejabat Pendaftar, UiTM Kampus Induk untuk semua urusan ehwal staf. 
  • Menyediakan perkhidmatan dan penyelenggaraan kenderaan rasmi yang cekap dan selamat. 
  • Mengendalikan urusan pos surat rasmi dan surat menyurat edaran dalaman dengan teratur dan pantas. 
  • Menyediakan dokumen pengenalan diri bagi staf mendapatkan rawatan di klinik panel/hospital kerajaan. 
  • Menguruskan latihan kepada staf dengan berkesan dan mesra. 
  • Menguruskan dengan baik semua tempahan penggunaan bilik mesyuarat dan bilik seminar. 
  • Menyediakan rekod dan statistik staf yang kemaskini apabila diperlukan oleh pihak berkenaan.

  • Jadual perjalanan kenderaan/tugas Pemandu 
  • Penyelenggaraan/ membaiki kenderaan 
  • Penggunaan Petrol/ diesel 
  • Urusan bayaran tol/Kad ‘touch n go” 
  • Permit/insuran/cukai jalan kenderaan 
  • Urusan pemeriksaan Puspakom