Segalanya mengenai Program Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar.[..baca]

Kemudahan Rangkaian Tanpa Wayar di UiTM Pulau Pinang.[..baca]

Mengenai Hotel UiTM Pulau Pinang. [..baca]

HOME: Kenali UiTM CPP Profil Kampus Bertam

Mengenai Kampus Bertam

E-mail Print PDF
Profil Kampus

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang Kampus Bertam adalah kampus kedua UiTM Pulau Pinang dengan keluasan keseluruhan adalah 248 ekar yang merangkumi pembangunan permulaan Fasa 1 iaitu 32.6 ekar.

Pembangunan kampus kedua ini adalah bertujuan untuk menampung pertambahan pelajar di Kampus Permatang Pauh yang telah mencapai jumlah pelajar seramai 10,085.

UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam mula beroperasi pada 16 Mei 2011 dengan enrolmen permulaan seramai 521 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini adalah daripada Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan yang terdiri daripada Diploma Farmasi, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Sains Kesihatan Persekitaran. Pada Jun 2012, satu program baru iaitu Diploma Statistik dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik telah ditempatkan di UiTM Kampus Bertam.

 

Jumlah keseluruhan pelajar UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam pada tahun 2012 adalah seramai 911 orang pelajar .


Dalam menjamin kampus ini dapat berfungsi dengan baik dan melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, seramai 66 orang staf termasuk 33 orang pensyarah ditempatkan di kampus ini .

Blok Pentadbiran
  • Pejabat Pengarah
  • Bahagian Pentadbiran/ HEA/ HEP
  • Bahagian Kewangan
  • Bahagian Keselamatan
Blok Akademik
  • Dewan Kuliah
  • Bilik Kuliah
  • Bilik Lepasan Ijazah
  • Bilik Audio Visual
Blok Pensyarah
Blok Perpustakaan
Blok Makmal
  • Makmal Sains Kesihatan
  • Makmal Farmasi
  • Makmal Pelbagai Guna
  • Makmal Kimia
  • Makmal Fizik
  • Makmal Komputer
Pos Kawalan Statik